Monday, 23 December 2013

Urusan JKM Kulim

Assalamualaikum,

    Alhamdulillah syukur ke hadrat ilahi...Moga apa yang aku usahakan tidak sia-sia di sisi Nya dan juga mendatangkan manfaat buat seluruh umah manusia. Ahad lepas dalam kesibukan mengurus anak yang nak masuk tahun 1 tahun 2014, aku sempat juga menyiapkan proposal untuk application di JKM Kulim. Terima kasih pada Pn Rgina di JKM Kulim yang banyak membantu serta memberi info tentang usaha-usaha yang sedang aku jalankan ini...Moga dipermudahkan segala urusan kelulusan pulak lepas nih.

    Apa lagi yang harus aku lakukan selepas ini? Masih banyak yang perlu di usaha dan difikirkan.. Bagaimana harus aku meneruskan perjuangan ini serta mengekalkan apa yang sedang aku usahakan ini?Moga Allah memberi petunjuk dan moga aku dapat membuat keputusan yang tepat dan terbaik buat diriku dan keluarga..

    Dari cita-cita dan angan-angan aku telah merialisasikan impianku..Ingin membuka pusat jagaan warga emas...Aku berharap aku dapat membantu mereka yang kurang upaya dan lemah ini untuk menguruskan diri dan juga dalam urusan ibadah mereka..In shaa allah. Ya Allah bantulah aku, berikan aku sokongan dan kekuatan..Sesungguhnya aku ingin menjadi orang-orang yang berjaya di dunia dan akhirat.Amin






Wednesday, 27 November 2013

Perginya tak kembali. Al-Fatihah

As salam,

Salam takziah buat Arwah Pakcik Hasyim yang telah kembali kerahmatullah petang tadi sekitar jam 5pm. Salam takziah buat keluarga beliau.Moga rohnya dicucuri rahmat Allah dan di tempatkan dikalangan orang-orang yang beriman.



Al-Fatihah. Moga roh beliau dicucuuri rahmat.Amin


Monday, 11 November 2013

Tujuan Penubuhan Pusan Jagaan Warga Emas atau Nursing Home Ehsan

Tujuan penubuhan Pusat Jagaan :

  1. Membantu anak-anak serta waris untuk mendapatkat service jagaan orang tersayang dikala mereka keluar bekerja, bercuti dan sebagainya.
  2. Memberi bantuan penjagaan dirumah pesakit dan waris. Contohnya penjagaan pesakit stroke di rumah, perkhidmatan physiotherapy, perkhidmatan mencuci luka dan penukaran tube kencing di rumah pesakit dan waris.
  3. Membantu memberikan nasihat dan sokongan moral penjagaan kepada waris. Contohnya seperti penjagaan luka, penjagaan pesakit stroke, nasihat pemakanan untuk pesakit Diabetes, Hypertension dan High Cholesterol. (Percuma)
  4. Membantu pesakit untuk menjalankan aktiviti harian seperti mandi, makan, menjalani ibadah puasa dan solat serta sabagainya.
  5. Mengelakkan perkara yang tidak diingini berlaku kepada orang tersayang seperti kebakaran, pesakit terjatuh dan sebagaina ketika anak-anak dan waris tiada di rumah.

Wang bukanlah segalanya. Keselamatan dan Kasih Sayang lebih utama.Oleh itu, jangan biarkan orang tua anda bersendirian di rumah. Kerana ia mengundang bahaya.


 

 

Sekadar gambar hiyasan

Perkhidmatan yang disediakan

As Salam..Salam Awal Muharam :)

Di sini antara perkhidmatan yang kami sediakan. Kami juga menyediakan perkhidmatan terus ke rumah anda.