Wednesday, 27 November 2013

Perginya tak kembali. Al-Fatihah

As salam,

Salam takziah buat Arwah Pakcik Hasyim yang telah kembali kerahmatullah petang tadi sekitar jam 5pm. Salam takziah buat keluarga beliau.Moga rohnya dicucuri rahmat Allah dan di tempatkan dikalangan orang-orang yang beriman.



Al-Fatihah. Moga roh beliau dicucuuri rahmat.Amin


Monday, 11 November 2013

Tujuan Penubuhan Pusan Jagaan Warga Emas atau Nursing Home Ehsan

Tujuan penubuhan Pusat Jagaan :

  1. Membantu anak-anak serta waris untuk mendapatkat service jagaan orang tersayang dikala mereka keluar bekerja, bercuti dan sebagainya.
  2. Memberi bantuan penjagaan dirumah pesakit dan waris. Contohnya penjagaan pesakit stroke di rumah, perkhidmatan physiotherapy, perkhidmatan mencuci luka dan penukaran tube kencing di rumah pesakit dan waris.
  3. Membantu memberikan nasihat dan sokongan moral penjagaan kepada waris. Contohnya seperti penjagaan luka, penjagaan pesakit stroke, nasihat pemakanan untuk pesakit Diabetes, Hypertension dan High Cholesterol. (Percuma)
  4. Membantu pesakit untuk menjalankan aktiviti harian seperti mandi, makan, menjalani ibadah puasa dan solat serta sabagainya.
  5. Mengelakkan perkara yang tidak diingini berlaku kepada orang tersayang seperti kebakaran, pesakit terjatuh dan sebagaina ketika anak-anak dan waris tiada di rumah.

Wang bukanlah segalanya. Keselamatan dan Kasih Sayang lebih utama.Oleh itu, jangan biarkan orang tua anda bersendirian di rumah. Kerana ia mengundang bahaya.


 

 

Sekadar gambar hiyasan

Perkhidmatan yang disediakan

As Salam..Salam Awal Muharam :)

Di sini antara perkhidmatan yang kami sediakan. Kami juga menyediakan perkhidmatan terus ke rumah anda.