Sunday, 2 February 2014

Hakikat sebuah kehidupan sebelum kematian.

As salam, salam sejahtera,

    Apa khabar semua? Saya tak berapa nak sehat selsema dan batuk.Biasalah musim buah-buahan nih.Dengan limaunya, rambutan dan durian.Cempedak juga ada..So dengan cuaca yang panas tanpa hujan..

   Kali nih aku ingin kongsikan cerita dan pengalaman tentang Nursing Home Ehsan lagi..Semalam salah seorang penghuni Nursing Home aku telah dimasukkan ke wad semula. Kesian kat Pak Su, apa khabar dia pagi nih?...Macam mana dia nak minum, makan..nurse2 kat hospital bz dengan pesakit2 yang lain.Pak su dah agak tenat...

   Semalam masa aku hantar dia di unit kecemasan, Pak su masih kenal aku.Dia masih boleh faham apa yang aku katakan cuma Pak su tak dapat nak bercakap coz dia kepenatan dan tercungap-cungap. Yang membuatkan aku nekad nak mengahantar dia ke hospital kerana aku tengok keadaannya saban hari makin merosot...Dia selalu kepenatan, paras gula tidak stabil, tiada selera nak makan dan kaki kirinya mula membengkak...

    Maaf kan saya Pak Su, terpaksa ambil tindakan menghantar Pak Su ke hospital...Semuanya demi kebaikan Pak Su. Moga Pak Su cepat sembuh..Kami doakan. Semalam petang sekali lagi aku melawat beliau di Hospital Kulim..Keadaannya masih sama.Penat dan tercungap2. Penuh wire berselirat di badannya. Sapa-sapa yang membaca blog nih tolong sedekahkan Al-Fatihah semoga Allah memudahkan urusan Pak Su...Amin.