As Salam..Salam sayang dari saya,
Lama juga menyepikan diri. Bukan apa cuma idea nak berceloteh tak ada. Bz pun ia juga. Ingatkan dah berhenti kerja tuh relax lah sikit, tapi rupannya bz juga. Kerja memang tak pernah habis...ish..ish..ish..
Diam tak diam dah setahun aku run Nursing Home Ehsan ni. Fasa baharu juga telah berlalu. Sekarang dalam proses mencari rumah yang lebih besar. Alhamdulillah, rezeki Allah maha luas. Rupannya ada hikmah disetiap kesulitan yang aku lalui.. Walaupun diawalnya sedikit pahit tapi sudah dapat merasakan manis2 nya kini.
Pada mulannya bila aku meletakkan jawatan ade seorang rakan berkata " Lepas resign nih you nak buat apa? Cukup ka suami you nak tanggung you anak beranak? Kos sekarang nih makin meningkat. Nanti you susah.You tak de plan nak buat bz on line di fb ker? Buatlah jual tudung ka, baju2 ka..." Masya Allah..Dalam hati saya tersentap juga. Tapi tak apalah..dia tak tahu apa yang saya tahu. Dia hanya bergantung pada syarikat dan Bos nya sahaja untuk mendapatkan rezeki. Hujung bulan habis.Tetapi saya ada Allah yang telah menjanjikan rezekinya pada sesiapa yang berusaha. In shaa Allah.
Nah kini, alhamdulillah...saya masih melata di bumi Allah. Saya masih boleh enjoy walaupun saya dah berhenti kerja..Malah saya lebih happy dari saya yang sebelum nih. Suami Redho saya berhenti kerja. Anak2 suka bila saya ambil mereka balik dari sekolah. Saya menguruskan masa saya sendiri. Bukan semua orag berpeluang dan dapat merasainya.
Ada juga kawan saya yang baru pulang dari Saudi. Setelah pulang dia menganggur buat seketika. Kemudian dia berkata pada saya " Aku ingat nak kerja semula. Coz aku ade degree, ade pengalaman tapi orang tak respect aku disebabkan aku tak kerja. Orang lebih respect pada mereka yang bekerja." Mulut aku melopong sekejap...Dalam hati berkata "Ia ka?" Apa pendapat pembaca? Betul ka mcm tuh?
Secara jujurnya mungkin juga. Pada mulannya saya juga berfikir bergitu. Tapi kita tak boleh paksa orang respectkan kita. Kalau kita kerja berpangkat besar pun kalau orang tak mau respect tetap juga di pinggiran. Tentang respect tuh biarlah. Nak respect, respectlah. Kalau tak mahu nak kata apa.Bukan boleh paksa...
Tak apa, kita surirumah pun, tapi kita ada pelajaran. Belajar tinggi jugak.Kita boleh curahkan ilmu pada anak2 pulak..Tak gitu? Apa2 lah...Yang penting happy. Tak la stress sangat. Tak la sakit hati sangat. Wat hal sendiri ja...
So, pendekkan cerita, pada sesiapa yang baru rasa2 nak berhenti kerja tuh jangan lah sedih. Walaupun kita nih dah tak bekerja lagi tu cuma dengan majikan sementara saja. Tapi kita ada majikan tetap selagi bergelar isteri dan ibu :) Bila suami kita yang suruh kita berhenti kerja, maknanya suami kita mampu membela kita anak beranak. So yakinlah. Rezeki kita Allah dah janjikan pada sesiapa yang rajin berusaha..
Chee wah!