Sunday, 18 May 2014

Hormati waktu Melawat.

Assalamualaikum,

Apa itu waktu melawat? Dimanakah adanya waktu melawat? Kenapa perlu ada waktu2 tertentu untuk melawat? Hum....Cuba diingat-ingatkan dimanakah selalunya kita nampak sign "Waktu Melawat" nih.

Selalunya kita nampak sign waktu melawat nih di Hospital. Betul tak? Tak kiralah di hospital kerajaan mahupun di hospital swasta. Tapi di Pusat Jagaan saya juga ada saya letakkan sign waktu melawat.Kenapa ya?

Sepanjang-panjang saya bertugas sebagai jururawat dan kini mengusahakan Pusat Jagaan sendiri, maaf kalau saya katakan ada diantara kita nih tak tahu apa fungsinya waktu melawat. Ada juga yang tak tahu nak menghormatinya. Kesian kan orang macam nih. Tidak keterlaluan jika saya katakan mereka nih juga " Pentingkan diri sendiri".

Kenapa ya mereka jadi macam nih? Adakah tidak tahu membaca, atau tak faham bahasa? Boleh jugalah dikategerikan macam tuh. Upssss! Maaf ya.. Tapi tanya lah diri masing-masing. Bagi mereka yang telah dan memang menghargai waktu melawat nih, syukur alhamdulillah "TAHNIAH" saya ucapkan.

Disini mari saya ceritakan apa fungsinya waktu melawat tuh. Waktu melawat bukan saja-saja di pamirkan. Ia juga bukan saja-saja untuk menghalang kita untuk melawat. Perlu diketahui ada waktu-waktu tertentu dan adab-adab untuk melawat. Tak kiralah untuk melawat atau ziarah sanak saudara, pesakit atau sesiapalah. Kita tidak boleh melawat atau ziarah orang pada waktu2 maghrib, waktu malam dan sebagainya. Ini kerana waktu itu orang akan berehat-rehat setelah seharian bekerja atau perlu menunaikan solat. Nah, sama juga dengan Pusat Jagaan saya.

Waktu melawat yang saya tetapkan ialah pukul 2pm senigga pukul 6.30pm. Kenapa tidak boleh melawat waktu pagi? Ini kerana pada waktu pagi, pekerja saya sibuk untuk menguruskan pesakit. Waktu sedari pukul 6am sehingga 2pm tuh lah kami nak membantu pesakit kami bangun untuk solat, mandikan mereka secara bergilir-gilir, memasak, menyediakan makanan, ada diantara mereka yang perlu di suap, perlu sapu dan mop lantai, mencuci serta menyidai pakaian serta kainan yang kotor.

Sedari pukul 12 tengahari pesakit saya nak berehat sementara menunggu makan tengah hari, kemudian mereka nak bersolat zuhur pulak. Oleh itu para waris boleh lah datang bermula pukul 2pm sehingga 6.30pm.


Oleh itu saya rasa semua orang boleh faham..Bukan saja-saja orang nak tetapkan waktu melawat. Ade sebabnya. Jika anda datang melawat pada bukan waktunya, ia akan menyusahkan semua pihak. Kemudian, yang anda tahu hanya "Complain...complain...compalain!"

Kenapa pampers tak tukar lagi, kenapa waris saya nih tak mandi lagi..kenapa..kenapa..kenapa...?Tuh ja yang anda tahu. So, moral of the story, tolonglah hormati waktu melawat. Jangan menyusahkan semua orang. Kalau anda belajar hormati masa dan waktu melawat semua orang akan senang hati. Anda juga tak sakit hati. Sekian Terima Kasih.