Saturday, 27 June 2015

Happy Fathers Day

Assalamualaikum, Salam sejahtera semua...

Rasanya belum terlewat untuk saya ucap Happy Fathers Day buat ayah, bapak, papa, abah, walid di luar sana. Walau apa pun gelaran yang di panggil anak-anak anda, saya ucapkan Happy Fathers day. Terima Kasih kerana anda menjadi seorang ketua keluarga yang baik dan bertanggugjawab pada keluarga.

Dalam kegembiraan kita menyambutnya, terdetik juga di hati saya apabila siaran TV menyiarkan kisah warga emas sempena Hari Bapa tempoh hari. Sayu dan sedihnya. Tapi inilah rialiti dunia sekarang. Kadang-kadang saya bertanya juga pada diri sendiri...Macam manalah aku esok bila tua? Mungkin itu juga persoalan yang mungkin pernah singgah di minda anda??

Mari kita imbas kembali atau mari kita renungkan kembali. Pada sesiapa yang telah mempunyai anak pasti dapat menyelami perasaan ini. Sewaktu kita pertama kali mengenali dunia, suara garau ayah lah yang pertama sekali kita dengari. Suara laungan azan dan qamat di telinga kita.

Perasan tak, ibu jari yang kasar itulah yang pertama kalinya mentahnikkan kita dengan manisan kurma beserta air zam-zam...walau jemari dan tangannya kasar disebabkan kerja-kerja kasar yang dilakukan ayah tetap berhati-hati memegang, memeluk erat kita dengan penuh kelembutan dan kasih sayang.

Ingatkah kita, bibir berkumis itu jugalah orang pertama yang mencium pipi gebu kita dengan genangan air di birai mata... Perasankah kita? Orang pertama yang gembira dan bangga Allah hadiahkan kita ke dunia selain ibu..

Dalam kita sedang membesar, diberikan penuh kasih sayang. Ayahlah super hero kita. Ayah jugalah kekasih pertama bagi anak-anak perempuan. Ayah lah jadi kuda kita, ayah jugalah punching beg kita, ayah jugalah yang memujuk dan tolong mengesat air mata kita bila kita terluka.

Bila kita sakit, tak pernah ayah tidak bawa kita ke klinik untuk mendapatkan rawatan. Walau kadang-kadang sesetengah ayah itu nampak bengis dan garang, walau macam mana pun ayah tetap sayangkan kita dalam diam..

Tapi bila kita dah besar..bila kita sudah mampu berdikari sendiri, apakah yang kita lakukan pada ayah kita? Adakah kasih sayang kita sama seperti kasih sayang ayah? Kita semakin jauh dengan hero tua itu. Kita tidak kesah dengan kesunyian hati dan jiwa ayah. Kita berpaling tadah dengan kekasih tua itu..

Bila ayah sunyi, mengapa tidak kita menjadi teman berbualnya? Bila ayah sakit, mengapa kita tidak hiraukannya. Dulu ayah juga sibuk bekerja, mengapa ayah boleh melayan kerenah kita, bermain dengan kita?? kenapa kesibukan kita sekarang membataskan kita untuk melayan ayah...?

Bukan setakan waktu kecil ayah membela kita, mengapa bila kita besar pun masih meminta duit ayah? Pernah saya jumpa seorang anak waktu senang dan lapangnya, dia meninggalkan ayahnya sendirian. Tertunggu-tunggu si tua ini anak kesayangannya datang ziarah kot ingin bertanya khabar. Bukan dia pinta wang ringgit dari anak itu, malah si ayah punya pencen. Apa yang diharapkan oleh sekeping hati tua itu ialah, anak ini datang menziarahinya.

Kalaupun sesibuk mana sekalipun, tidak boleh telefon ka? Apa yang saya nampak ialah, apabila anak ini tersepit dengan masalah kewangan. Dia akan call ayah yang tua ini untuk meminjam wang. Apabila sebut pasal wang, anak ini akan muncul didepan pintu dengan segera. Ya Allah, jauhkanlah aku dari berperagai sebegini..

Tiadakah belas ehsan anak ini pada ayahnya? Yang dia tahu duit...duit..duit...Sampaikan Hari Raya pun dia tidak mahu menjaga ayahnya. Biar orang lain yang jaga. Janjinya, azamnya dia akan datang menjenguk ayah apabila dia kesempitan wang. Sampai hati..Tergamak buat macam tuh pada ayah sendiri. Yang saya tengok, anak tiri pulak yang selalu datang menjengguk. Bawakan kueh, bawakan makanan kot ayah tua ini teringin nak makan apa.

Semoga kita ambil iktibar dari pengalaman ini. Patutnya kita menjadi pembela buat si ayah tua. Pada abah, kakak sayang abah. In shaa allah selagi hayat di kandung badan, kakak akan jaga abah. In shaa allah. Sayang abah sangat. Kakak ingat mcm mana abah sayangkan kakak dulu. Kakak ingat macam mana abah manjakan kakak dulu. Terima Kasih Abah. Jasamu tetap ku kenang.

Salam Sayang