As Salam semua,
Apa khabar dan dah lunch belum? Alhamdulillah saya sudah. Tiba-tiba harini teringin nak berkongsi suka duka perjalanan Nursing Home saya. Saya pernah terbaca "Cara Allah menunjukkan kasih sayang dan rindunya pada kita dengan mengirimkan ujian-ujian. Supaya kita memanjatkan doa serta meminta-minta kepadanya" Saya salah seorang insan kerdil yang tidak terlepas dari ujian dan masalah. Saya juga ade terbaca bahawa "Allah tidak akan menguji kita perkara-perkaran yang tak mampu kita harungi" Maknanya ujian yang Allah berikan kepada kita adalah sepadan dan setara dengan kemampuan kita. In shaa Allah..
Syukur perniagaan saya makin mendapat sambutan. Walaupun tak lah sehebat mana namun syukur alhamdulillah. Sedar tak sedar sudah hampir setahu saya lakukannya.. Kini saya telah mempunyai 8 orang pesakit. Pelbagai suka dan duka.. mana yang banyak? Kedua-duanya sama banyak..Dalam kepayahan terselit kegembiraan...
Sekurang-kurangnya saya ada sesuatu yang sedang saya usahakan daripada orang yang hanya pandai mencemuh dan mengata...Mulut manusia akan sentiasa berkata-kata. Saya tiada kudrat untuk menutupnya. Jangan kata orang yang jauh, malah orang yang terdekat dengan kita. Namun saya bersyukur Mak, Abah, Suami, anak-anak dan rakan-rakan tetap menyokong 100% tanpa berbelah bahagi. Syukur..
Antara ujian-ujian yang saya lalui, Nursing Home saya ade seorang penghuni yang nyanyuk.. Staf saya beri pesakit ini makan nasi dan juga lauk pauk yang sesuai dengan keadaan pesakit yang merupakan seorang penghidap Diabetis. Kebetulan ade seorang relatif atau waris penghuni lain yang sedang menunggu suaminya. Lalu waris tersebutpun bertanya kepada pesakit saya yang mengalami nyanyuk nih " Makan apa tuh? Sedap tak?" Lalu pesakit yang nyanyuk pun menjawab, " Bolehlah...(dlm keadaan hambar) Makan ubi kayu, mana nak sedap mana. Gaul dengan nyok ja..telan pi lah"
So kalau lah orang lain yang mendengarnya, memang mati saya kene kutuk. Apa nih jaga pesakit bg makan Ubi Kayu dangan nyok...Tapi kami yang mendengarnya disini memang nak tergelak juga..Ha, betul tak kalau saya katakan ade yang pahit dan manisnya bila menjaga pesakit macam nih. Jadi tolonglah faham. Kami yang menjaga dan membela, jadi kami yang tahu bertapa susah payahnya nak handle mereka. Mereka bukan meminta jadi nyanyuk begitu. Dah takdirnya. Mereka tak tahu bila masanya terkencing dan terberak...mereka tak tahu bilakah siang dan malam...Siang mereka tidur sesungguh-sungguhnya dan malam hari mereka berjaga.
Ada juga seorang jiran yang datang ke Nursing Home saya dan berkata pada salah seorang pesakit saya yang uzur dan perlu jalani hemodialisis 3 kali seminggu " Tahu tak, berdosa besar anak awak hantar awak kat sini. Rumah Orang Tua-Tua nih..Yang bukak pusat jagaan nih pun berdosa besar sebab galakkan orang hantar mak ayah mereka kat sini. Cakap dengan anak awak. Berdosa besar"...
Masya Allah, besarnya dugaan. Pesakit yang mendengar tuh hanya tersenyum pahit ja. Lepas tuh pesakit tuh jadi tak de semangat dan down. Dia suka mengamuk dan memberontak. Pesakit tak mahu pergi buat hemodialisis. Kami staf dan anak dia terpaksa memujuk dan memujuk serta terus memujuk.... Bukan sehari dua mereka berkeadaan begitu malah makan mingguan...Subahanallah. Sekarang nih siapa yang berdosa besar buat macam nih? Yang bercakap tuh pun bukan nya muda lagi. Beringat lah.
Semua orang tahu kos barang, elektrik maningkat. Jadi semua orang perlu bekerja mencari nafkah. Anak-anak pesakit bukan lepas tangan. Mereka datang tengok mak mereka hari-hari. Kalau hujung minggu mereka akan datang bawa breakfast dan mandikan mak mereka...Berdosa jugak kah anak mak cik tuh? Berdosa jugakah saya owner yang buka pusat jagaan tuh?Anak-anak share duit, sorang keluar beberapa RM tuk bayar kos jagaan mak mereka...Bukankah itu manis? Bukan kah itu kesepakatan antara anak-anak? Mereka memikul tanggungjawab sebagai anak dengan baik pada saya...Kalau mereka berhenti kerja bagaimana? Siapakah akan tanggung kos perbelanjaan mereka? Mereka juga ada tanggungan.
Jadi, tolonglah....sedarlah...Cukup saya tidak meminta apa-apa dari anda semua. Cuba buka minda dan cubalah berfikiran positif. Kadang-kadang pesakit begini akan kata kami di Nursing Home tak bagi mereka makan, mengatakan kami tak bagi mereka mandi dan macam-macam lagi...tapi kami tahu pesakit tuh tak bersalah. Sebab Allah sedang menguji dia, menguji kami dan ahli keluarganya, tetapi saya berharap sangat agar orang sekeliling jangan lah negatif sangat, jangan bz body sangat. Berharap orang disekeliling sepatutnya memberikan sokongan dan galakan kepada kami supaya sentiasa bersabar dalam menghadapi pesakit-pesakit begini.
Saya berharap Allah kuatkan semangat saya, staf dan juga waris-waris...Sama-sama kita harunginya dan terus kuat. Jangan peduli kata-kata orang. Sesungguhnya mereka tak tahu dan mereka tak merasa menjaga orang yang sedang sakit. Tunggu kene atas batang hidung sendiri baru mereka akan sedar. Maaf jika saya tersalah kata. Maaf kalau anda terasa.
Salam Sayang,
Nursing Home Ehsan
Sunday, 19 January 2014
Sunday, 12 January 2014
Salam Maulidurrasul
As Salam, Salam Maulidurrasul buat semua umat muslimin muslimat.
Persoalan pertama berlegar di fikiran...sayangkah kita sebagaimana Rasulullah sayangi kita? Nauzubillah,soalan itu terlalu tinggi nilainya...Kasih sayang kita rasanya tak setanding dengan kasih sayang yang baginda Rasulullah berikan pada kita..Kasih sayang baginda hingga ke akhir hayatnya malah sehingga kini. "Ummati..Ummati..Ummati.." Begitu tinggi kasih sayang baginda pada kita semua umatnya.
Namun sebagai manusia yang hina lagi kerdil janganlah jadi seperti kacang lupakan kulit. Tampa baginda Rasulullah siapalah kita untuk hari ini.Walaupun tak sealim, tak sepandai, dan tak se..se..se...namun dengan adanya cahaya dan ajaran yang disampaikan baginda kita masih berpeluang mengucap DUA KALIMAH SAHADAH. Dengan ajaran yang disampaikan baginda kita bergelar muslimin dan muslimat, dengan cahaya yang disampaikan beliau kita masih dilandasan yang benar.Yang di redhai Allah.
Jadi wajarkah kita katakan tidak mengenali baginda. Wajarkah kita jadikan alasan tidak pernah melihat rupa paras baginda sebagai sebab tidak mengingati dan mencintai baginda? Ajaran dan cahaya yang di sebarkan baginda sudah cukup bagi kita menyayangi baginda. Sekurang-kurangnya kita tidak dalam kegelapan. Tanpa pengorbanan beginda, sudah pasti kita tergolong diantara penghuni tetap Neraka...
Walaupun zahirnya kita jauh dari Nabi junjungan kita, sedarlah para sahabat, kita semua sebenarnya terlalu dekat dengan baginda. Kita terlalu hampir dengan baginda kerana baginda tidak pernah melupakan kita semua sebagai umatnya. Cuma kita yang selalu alpa dan lupa bahawa kita ada No1 role model dlm hidup kita. Kita Islam ada peganggan dan panduan untuk perjalanan hidup.Hidup kita sudah pasti pengakhirannya. Kita sudah tahu apa yang akan terjadi selepas ini keatas diri kita. Kita diberikan pilihan hidup.Kita sendiri yang memilihnya.
Selawat ke atas junjungan Nabi S.A.W. Hanya salawat sebagai hadiah yang mampu ku berikan kepadamu. Moga aku dan keluargaku tergolong dikalangan umat mu yang Mukminin. Moga kami semua tidak terus lalai dengan arus...Amin, salam sayang...
Nazrina
Thursday, 9 January 2014
Tahun 2014
As salam semua muslimin muslimat...
Moga kalian dirahmati Allah selalu. Amin. Lama juga aku tak menulis di blog nih.Maklumlah sibuk sikit dengan baru2 nih sesi persekolahan dah bermula. Adam anak sulung aku masuk darjah satu, humm...dh besar rupanya anak mama...Anas pulak 1st time masuk Montessori tapa abangnya. Nasib dia ok ja..Alhamdulillah kedua2 nya ok masa 1st day schooling..Siap halau aku balik lagi... "Mama, pi lah balik Adam can take care of my self. Don't worry ok" So alhamdulillah....
Di saat2 aku sibuk uruskan anak2 ke sekolah, bisness aku juga rancak berjoget..huru-hara sekejap hidup nih.Alhamdulillah Allah murahkan rezeki aku. Nak kata bertubi2 panggilan masuk bertanyakan Nursing Home aku nih yer lah jugak. Dalam pada tuh, fikiran bertambah2 kusut...Permintaan untuk admit Nursing Home aku nih makin meningkat tapi aku tak de tempat dah nak letakkan pesakit2 kat mana....so terpaksalah aku menolak dengan cara baik.
Kalau nak ikutkan duit, aku boleh ja sumbat2 pesakit aku. Tapi tak baik kan kita nak buat macam tuh...Aku buat bisness Nursing Home nih bukan nak cari dosa, aku nak dapatkan pahala berlipat kali ganda dan sedikit keuntungan serta rezeki untuk anak dan pekerja2 aku yang sangat berkalebel tuh..
Dalam hati berkata, tak dak ka sapa2 nak sedekah kat aku barang 100K...Aku nak beli rumah besar sikit..hehehe..Boleh memberikan lagi keselesaan pada penghuni dan boleh tambahkan pendapatan. Dapat juga aku berkongsi rezeki dengan staff aku...Tak pa lah..aku percaya suatu hari nanti aku akan dapat lakukan apa yang aku hajati dengan menyimpan sikit2. Kata orang2 tua, sikit2 lama2 jd bukit.In shaa allah..
Alhamdulillah, yg paling meneronokkan tahun 2014 nih ialah, dalam bulan March nih aku akan uruskan sendiri Nursing Home nih. Aku dh pun letak jawatan. Yang paling2 gumbira bila aku kata nak berhenti kerja suami dan anak2 lah... Hari2 aku boleh hantar dan ambil anak2 dr sekolah.Nampaknya hari2 jugaklah aku kena "PAU" dengan anak2..Takpalah, janji happy. Boleh uruskan Nursing Home sementara nak tunggu anak balik dari sekolah..
Moga lepas nih aku akan lebih berjaya...In shaa allah aku akan berusaha simpan duit lagi utk beli rumah yg lebih besar. Bukan aku nk duduk..tapi nak kembangkan lagi perniagaan. Orang kata biar ikut resmi padi, makin berisi makin menyembah ke bumi. Biar kita nampak biasa, tapi usaha kita kene luar biasa. Biar nampak sengkek janji bukan kedekut..hehehe
Salam Sayang,
Nursing Home Ehsan...

Subscribe to:
Posts (Atom)