Sunday, 12 January 2014

Salam Maulidurrasul



As Salam, Salam Maulidurrasul buat semua umat muslimin muslimat.

Persoalan pertama berlegar di fikiran...sayangkah kita sebagaimana Rasulullah sayangi kita? Nauzubillah,soalan itu terlalu tinggi nilainya...Kasih sayang kita rasanya tak setanding dengan kasih sayang yang baginda Rasulullah berikan pada kita..Kasih sayang baginda hingga ke akhir hayatnya malah sehingga kini. "Ummati..Ummati..Ummati.." Begitu tinggi kasih sayang baginda pada kita semua umatnya.

Namun sebagai manusia yang hina lagi kerdil janganlah jadi seperti kacang lupakan kulit. Tampa baginda Rasulullah siapalah kita untuk hari ini.Walaupun tak sealim, tak sepandai, dan tak se..se..se...namun dengan adanya cahaya dan ajaran yang disampaikan baginda kita masih berpeluang mengucap DUA KALIMAH SAHADAH. Dengan ajaran yang disampaikan baginda kita bergelar muslimin dan muslimat, dengan cahaya yang disampaikan beliau kita masih dilandasan yang benar.Yang di redhai Allah.

Jadi wajarkah kita katakan tidak mengenali baginda. Wajarkah kita jadikan alasan tidak pernah melihat rupa paras baginda sebagai sebab tidak mengingati dan mencintai baginda? Ajaran dan cahaya yang di sebarkan baginda sudah cukup bagi kita menyayangi baginda. Sekurang-kurangnya kita tidak dalam kegelapan. Tanpa pengorbanan beginda, sudah pasti kita tergolong diantara penghuni tetap Neraka...

Walaupun zahirnya kita jauh dari Nabi junjungan kita, sedarlah para sahabat, kita semua sebenarnya terlalu dekat dengan baginda. Kita terlalu hampir dengan baginda kerana baginda tidak pernah melupakan kita semua sebagai umatnya. Cuma kita yang selalu alpa dan lupa bahawa kita ada No1 role model dlm hidup kita. Kita Islam ada peganggan dan panduan untuk perjalanan hidup.Hidup kita sudah pasti pengakhirannya. Kita sudah tahu apa yang akan terjadi selepas ini keatas diri kita. Kita diberikan pilihan hidup.Kita sendiri yang memilihnya.

Selawat ke atas junjungan Nabi S.A.W. Hanya salawat sebagai  hadiah yang mampu ku berikan kepadamu. Moga aku dan keluargaku tergolong dikalangan umat mu yang Mukminin. Moga kami semua tidak terus lalai dengan arus...Amin, salam sayang...

Nazrina





No comments:

Post a Comment