Saturday, 5 July 2014

Cara berdepan dengan sebuah kematian

Salam Ramadan,

Ketika saya mencoret di blog ini, sungguh syahdu bacaan ayat suci Al-quran dari Masjid berhampiran dengan rumah. Alhamdulillah tahun ini saya masih berpeluang menjalani ibadah puasa. Mandayu-dayu penuh dengan ketenangan.Syukur, rumah saya begitu berhampiran dengan Masjid. Hari-hari dapat dengar azan dan bacaan ayat suci Al-quran.

Harini tujuan saya mencoret di sini ialah untuk berkongsi serba sedikit ilmu atau pengalaman saya sepanjang bertugas di hospital dan juga mengurus Pusat Jagaan Ehsan nih. Moga ianya dapat menjadi panduan untuk melalui saat-saat genting dan penuh dengan kejutan ini.

Saya tidak lah pandai mana. Sekirannya saya silap, tolonglah tegur dan perbaiki tulisan saya ini supaya ia mendatangkan manfaat buat kita semua. Jika kita berdepan dengan sebuah kematian, tiba-tiba kita dapati seseorang itu telah meninggal dunia pada perkiraan kita...apakah yang patut kita lakukan?? Bolehkah kita sahkan kematiannya? Pernahkah kita dengar orang yang meninggal itu hidup semula?

Selalunya apabila kita berhadapan dengan sebuah kematian, perkara yang paling pasti berlaku adalah panik, terkejut, terkedu dan sebagainya. Tak tahu nak berbuat apa. Dalam hati tertanya-tanya, "Betul kah ini?" "Betul ke apa yang aku lihat nih?"

Sekirannya perkara-perkara di atas berlaku, panik, terkejut serta perasaan-perasaan yang sewaktu dengannya berleku ke atas kita, janganlah risau. Tu semua perkara normal. Ianya boleh berlaku pada semua orang termasuk diri saya. Tetapi jangan biarkan kita terus hanyut dengan perasaan ini terus-terusan. Sebaliknya kita perlu kembali segera ke dunia nyata.

Berbalik pada persoalan tadi "Bolehkan kita sah kan sebuah kematian itu? Jawapannya kalau kita sedang bertugas ketika itu tambahan syift malam, bagaimanakah kita ingin comfirmkan kematian itu? yang pertama kita hubungi Dr On Call. Selalunya Dr On Call ni akan berada si sekitar hospital sahaja. Hubungi Dr. On Call dah inform pada beliau tentang kematian ini. Beliau akan datang ke ward dan membuat pengesahan. Kalau di Hospital swasta kita biasanya akan ikut SOP sesebuah hospital itu. Tuh pentingnya kita perlu baca dan ambil tahu  SOP hospital. Sekirannya berlaku sebarang kecemasan kita sudah tahu untuk follow SOP yang betul. Atau, kalau tak sempat baca SOP..anda boleh hubungi Sister On Call malam tersebut atau anda boleh hubungi unit A&E untuk minta MO di unit tersebut untuk naik ke ward anda.

Kalau meninggal di rumah atau pusat jagaan bagaimana? Hubungi owner dan kemudian hubungi pihak hospital berdekatan untuk mereka menghantar pasukan keselamatan dan ambulan untuk  comfirmkan kematian. Jangan takut dan risau. Anda boleh berbuat begitu. Perkara ini juga boleh dilakukan sekirannya kematian berlaku di jalan raya. Anda juga boleh hubungi pihak polis untuk pengesahan. Pihak polis juga akan menghubungi pahak hospital untuk perkhidmatan kecemasan datang membuat pengesahan kematian.

Selepas dipastikan kematian, pihak waris boleh membawa Kad Pengenalan si mati ke balai polis untuk membuat report serta mendapatkan permit. Atau dipanggil "Burial Permit". Apa itu "Burial Permit"? Burial Permit ialah permit kematian yang dikeluarkan oleh pihak Polis. Permit ini penting dan perlu dibawa bersama jenazah. Permit ini perlu berada bersama waris yang mengiringi jenazah ke tanah perkuburan. Adalah menjadi kesalahan sekirannya permit tiada bersama jenazah ketika ia di bawa ke tanah perkuburan kerana anda boleh dituduh sebagai mencuri mayat. Seram ja bunyinya...

Sementara itu, waris yang lain boleh ke Masjid berhampiran kediaman si mati atau sekirannya si mati ada Khairat Kematian bolehlah terus ke Masjid berkenaan untuk memaklumkan kematian. Pihak Masjid akan menguruskan jenazah tersebut. Setelah semua urusan pengkebumian selesai, esoknya atau jika sempat hari yang sama, anda boleh ke Pejabat Pendaftaran Negara untuk melaporkan kematian.

Sekian dulu perkongsian kita kali ini. In shaa allah, jika ada kelapangan saya akan berkongsi perkera-perkara yang in shaa allah dapat memberi panduan kepada kita bersama. Selamat bersahur dan menjalani ibada puasa.

Tuesday, 1 July 2014

Ramadhan Kareem

Salam Ramadhan,

    Salam semuanya. Rasa masih tidak terlewat untuk saya wish selamat menjalani ibadah berpuasa. Bulan yang penuh dengan seribu rahmat. Alhamdulillah. Syukur kita masih berkesempatan melalui Ramadhan kali ini.

    Sebenarnya saya baru saja sampai rumah dari Nursing Home Ehsan. Sebentar tadi salah seorang penghuni yang tinggal bersama kami telah kembali dijemput Allah. Syukur beliau kembali kerahmatullah dibulan penuh berkat ini. Yang sangat uniknya beliau meninggal di bulan yang mulia.Keduanya beliau meninggal di waktu-waktu ajan Maghrib berkumandang. Dikala semua orang sibuk untuk berbuka puasa.

    Syukur juga staf saya sempat ajarkan beliau mengucap. Sempat bukakan bacaan "Ya Sin" buat arwah. Saya rasa terharu juga. Sudah rezeki beliau dan janji Allah cara meninggalnya begitu. Saya tertanya-tanya dan sedikit risau..bagaimanakah saya bila dijemput nanti? Bagaimana, dimana, sempatkah saya mengucap....?Macam-macam persoalan.

   Kematian ini merupakan sebuah permulaan untuk kehidupan yang kekal abadi. Walaupun orang kata bila meninggal nih semuanya dah selesai. Tapi sebenarnya kematian ini adalah permulaan sebuah kehidupan di alam barzah. Ngeri bila dipikir-pikirkan.. Amalan kita bagaimana? Ya Allah...

   Jenazah akan dikebumikan di Batu Kawan. Ni permintaan beliau. Katanya dia ingin disemadikan di kawasan perkuburan bersama suami dan anak perempuan dia. Alhamdulillah, tadi jenazah di bawa balik ke Batu Kawan. In shaa Allah esok dikebumikan.

   Marilah kita sedekahkan Al-Fatihah buat arwah. Moga roh beliau dicucuri rahmat. Ditempatkan dikalangan orang-orang beriman. Bukan setakat arwah Mak Yang, begitu juga buat arwah-arwah Pak Tam, Pak Teh, Pak Su, Opah, Tok Timah. Semuanya dalam kenangan. Al - Fatihah..