Salam Ramadhan,
Salam semuanya. Rasa masih tidak terlewat untuk saya wish selamat menjalani ibadah berpuasa. Bulan yang penuh dengan seribu rahmat. Alhamdulillah. Syukur kita masih berkesempatan melalui Ramadhan kali ini.
Sebenarnya saya baru saja sampai rumah dari Nursing Home Ehsan. Sebentar tadi salah seorang penghuni yang tinggal bersama kami telah kembali dijemput Allah. Syukur beliau kembali kerahmatullah dibulan penuh berkat ini. Yang sangat uniknya beliau meninggal di bulan yang mulia.Keduanya beliau meninggal di waktu-waktu ajan Maghrib berkumandang. Dikala semua orang sibuk untuk berbuka puasa.
Syukur juga staf saya sempat ajarkan beliau mengucap. Sempat bukakan bacaan "Ya Sin" buat arwah. Saya rasa terharu juga. Sudah rezeki beliau dan janji Allah cara meninggalnya begitu. Saya tertanya-tanya dan sedikit risau..bagaimanakah saya bila dijemput nanti? Bagaimana, dimana, sempatkah saya mengucap....?Macam-macam persoalan.
Kematian ini merupakan sebuah permulaan untuk kehidupan yang kekal abadi. Walaupun orang kata bila meninggal nih semuanya dah selesai. Tapi sebenarnya kematian ini adalah permulaan sebuah kehidupan di alam barzah. Ngeri bila dipikir-pikirkan.. Amalan kita bagaimana? Ya Allah...
Jenazah akan dikebumikan di Batu Kawan. Ni permintaan beliau. Katanya dia ingin disemadikan di kawasan perkuburan bersama suami dan anak perempuan dia. Alhamdulillah, tadi jenazah di bawa balik ke Batu Kawan. In shaa Allah esok dikebumikan.
Marilah kita sedekahkan Al-Fatihah buat arwah. Moga roh beliau dicucuri rahmat. Ditempatkan dikalangan orang-orang beriman. Bukan setakat arwah Mak Yang, begitu juga buat arwah-arwah Pak Tam, Pak Teh, Pak Su, Opah, Tok Timah. Semuanya dalam kenangan. Al - Fatihah..
No comments:
Post a Comment