Wednesday, 23 March 2016

Nursing Home, Home nursing atau Old Folk Home?

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

   Ramai juga yang bertanya pada saya apa bezanya Nursing Home, Home nursing ataupun Old Folk home??? Nampaknya mcm tiada perbezaan tetapi sebenarnya terdapat perbezaan disini. Ramai yang keliru.

   Nursing home adalah sebuah pusat jagaan yang kebanyakan menerima atau menjaga mereka yang sakit seperti Stroke, Bedridden, Dementia, Parkinson atau OKU. Kebanyakan mereka yang tinggal di Nursing Home ni tidak mengira usia samada sedari usia belasan tahun sehingga lah mereka memejam mata. OKU yang tinggal di Nursing Home ni, kebanyakannya yang tidak mampu berdikari sendiri.Maksudnya yang tidak boleh menguruskan diri sendiri dan memerlukan rawatan. Petugas atau pengaja di Nursing Home ni ialah jururawat terlatih. Senang panngil nurse lah. Di Nursing Home juga ada petugas-petugas lain untuk menguruskan pesakit cth seperti tukang masak tukang cuci dan sebagainya.

    Home Nursing pulak selalunya servise jururawat terlatih ke rumah pesakit sendiri. Nurse akan menguruskan keperluan pesakit dari segi ADL (Activiti dly). Contohnya mandikan pesakit atau tappid sponge, menukar lampin pakai buang, dressing, menyuap makan dan sebagainya. Ada juga sesetengah perkhidmatan menukar tube makan dan tube kencing (CBD), merawat luka, menyucuk insulin dan sebagainya.

    Old Folk Home yang dikenali juga sebagai Rumah Orang Tua ialah satu tempat penjagaan untuk warga emas yang tiada waris seperti anak, adik beradik. Kebanyakan mereka ini walaupun usia sudah lanjut tetapi masih boleh berdikari serta mempunyai daya ingatan yang baik. Cuma mereka memerlukan pembantu dalam jagaan harian mereka. Ada diantara mereka masih mampu melakukan aktiviti kegemaran mereka seperti mengaji, mendengar tazkirah, bermain congkak dan sebagainya.

    Begitulah serba sedikit pengenalan mengenai perbezaan antara nursing home,

Wednesday, 16 December 2015

Kulit..oh kulit yang nipis

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua

Dah tiba mood untuk menulis. Kalini saya nak kongsikan cerita, pengalaman dan mungkin tips penjagaan kulit warga emas.. Hum, nampaknya macam sirius seperti penjagaan kulit wajah mahupun kulit bayi..hahahaha. Jangan tak tahu, penjagaan kulit warga emas nih lebih ekslusif dan cerewet dari jagaan kulit lain-lainnya.

Kenapa saya kata begituh yer? Hum...siapa yang ada pengalaman jaga ibu ayah yang sakit tahu lah macam mana rumitnya. Cuba kita lihat kulit kita..cuba bandingkan dengan kulit mak ayah uzur. Kulit kita ni walau macam mana pun keadaannya ia tetap masih anjal lagi. Masih ada colagen serta air untuk menegangkannya serta merawat dengan cepat kecederaan yang kita alami.

Tapi kulit warga emas ni nipis, halus sangat. Kalau kita belek-dan usap tangan mereka, terasa licin dan halus. Kalau kita belek lagi, tapak tangan dan jari mereka ni telah haus sampaikan susah nak nampak atas rasa urat-urat atau garis-garis di tapak tangan dan jari mereka. Tak percaya? Boleh tanya orang bank. Knapa orang bank? Tak pun orang pejabat tanah..Knapa pula orang pejabat tanah?hahaha

Jawapannya ialah, warga emas nih selalu gi bank. Nak keluarkan duit pencen, duit BRIM...Kenapa pejabat tanah? Sebab nak tukar penama kepada nama waris. Tapi apa kena mengena dengan kulit mereka yang halus dan licin tuh? Hum...mereka dah tua, macam yang saya katakan. Jari mereka telah haus. Tiada lagi urat, garisan mahupun corak cap jari. Jadi amat sukar untuk mendapatkan cap jari pada warga emas nih sebenarnya. Jadi mereka yang bekerja di bank lah selalu mengalami kesukaran ini. hehehe, jangan marah yer.

Selain kesukaran untuk mendapatkan cap ibu jari mereka, perasan tak kita bahawa warga emas ni selalu tumpahkan air. Lepastuh kita marah-marah dan membebel " Mak ni dah berapa kali tumpahkan air. Penat saya nak mengelapnya" Hum...tak sengaja marah kan? Kadang-kadang kita tak sengaja marahkan orang tua kita coz penat sangat. Dalam masa yang sama, pernahkan kita fikir kenapalah mereka ni kerap tumpahkan air? Selain faktor usia mereka, dengan sakit sendinya, dengan kudrat yang tak berapa nak ada, faktor telah hausnya garis-dagis dan urat-urat di tapak tangan dan jari mereka jugalah yang menyumbang kepada perkara ini sering terjadi.

Nak marahkan siapa? esok tua pun kita sama juga. Entah-entah lagi teruk. So cadangan saya, cuba berikan cawan yang ada bersegi-segi, yang berlekuk. Jangan yang bentuk silinder sahaja. berikan juga yang permukaannya kasar. Berikan pingan dan koleh yang ringan. Kalau nak lagi ok, suapkan sahaja.hehehe. Selain tak tumpah, ia juga ngeratkan kasih sayang.

Berbalik pada persoalan bagaimana untuk menjaga kulit warga emas ini? Terutamanya yang terlantar mahupun yang ada kencing manis...Nanti saya sambung lagi ya...In shaa allah.


Saturday, 27 June 2015

Happy Fathers Day

Assalamualaikum, Salam sejahtera semua...

Rasanya belum terlewat untuk saya ucap Happy Fathers Day buat ayah, bapak, papa, abah, walid di luar sana. Walau apa pun gelaran yang di panggil anak-anak anda, saya ucapkan Happy Fathers day. Terima Kasih kerana anda menjadi seorang ketua keluarga yang baik dan bertanggugjawab pada keluarga.

Dalam kegembiraan kita menyambutnya, terdetik juga di hati saya apabila siaran TV menyiarkan kisah warga emas sempena Hari Bapa tempoh hari. Sayu dan sedihnya. Tapi inilah rialiti dunia sekarang. Kadang-kadang saya bertanya juga pada diri sendiri...Macam manalah aku esok bila tua? Mungkin itu juga persoalan yang mungkin pernah singgah di minda anda??

Mari kita imbas kembali atau mari kita renungkan kembali. Pada sesiapa yang telah mempunyai anak pasti dapat menyelami perasaan ini. Sewaktu kita pertama kali mengenali dunia, suara garau ayah lah yang pertama sekali kita dengari. Suara laungan azan dan qamat di telinga kita.

Perasan tak, ibu jari yang kasar itulah yang pertama kalinya mentahnikkan kita dengan manisan kurma beserta air zam-zam...walau jemari dan tangannya kasar disebabkan kerja-kerja kasar yang dilakukan ayah tetap berhati-hati memegang, memeluk erat kita dengan penuh kelembutan dan kasih sayang.

Ingatkah kita, bibir berkumis itu jugalah orang pertama yang mencium pipi gebu kita dengan genangan air di birai mata... Perasankah kita? Orang pertama yang gembira dan bangga Allah hadiahkan kita ke dunia selain ibu..

Dalam kita sedang membesar, diberikan penuh kasih sayang. Ayahlah super hero kita. Ayah jugalah kekasih pertama bagi anak-anak perempuan. Ayah lah jadi kuda kita, ayah jugalah punching beg kita, ayah jugalah yang memujuk dan tolong mengesat air mata kita bila kita terluka.

Bila kita sakit, tak pernah ayah tidak bawa kita ke klinik untuk mendapatkan rawatan. Walau kadang-kadang sesetengah ayah itu nampak bengis dan garang, walau macam mana pun ayah tetap sayangkan kita dalam diam..

Tapi bila kita dah besar..bila kita sudah mampu berdikari sendiri, apakah yang kita lakukan pada ayah kita? Adakah kasih sayang kita sama seperti kasih sayang ayah? Kita semakin jauh dengan hero tua itu. Kita tidak kesah dengan kesunyian hati dan jiwa ayah. Kita berpaling tadah dengan kekasih tua itu..

Bila ayah sunyi, mengapa tidak kita menjadi teman berbualnya? Bila ayah sakit, mengapa kita tidak hiraukannya. Dulu ayah juga sibuk bekerja, mengapa ayah boleh melayan kerenah kita, bermain dengan kita?? kenapa kesibukan kita sekarang membataskan kita untuk melayan ayah...?

Bukan setakan waktu kecil ayah membela kita, mengapa bila kita besar pun masih meminta duit ayah? Pernah saya jumpa seorang anak waktu senang dan lapangnya, dia meninggalkan ayahnya sendirian. Tertunggu-tunggu si tua ini anak kesayangannya datang ziarah kot ingin bertanya khabar. Bukan dia pinta wang ringgit dari anak itu, malah si ayah punya pencen. Apa yang diharapkan oleh sekeping hati tua itu ialah, anak ini datang menziarahinya.

Kalaupun sesibuk mana sekalipun, tidak boleh telefon ka? Apa yang saya nampak ialah, apabila anak ini tersepit dengan masalah kewangan. Dia akan call ayah yang tua ini untuk meminjam wang. Apabila sebut pasal wang, anak ini akan muncul didepan pintu dengan segera. Ya Allah, jauhkanlah aku dari berperagai sebegini..

Tiadakah belas ehsan anak ini pada ayahnya? Yang dia tahu duit...duit..duit...Sampaikan Hari Raya pun dia tidak mahu menjaga ayahnya. Biar orang lain yang jaga. Janjinya, azamnya dia akan datang menjenguk ayah apabila dia kesempitan wang. Sampai hati..Tergamak buat macam tuh pada ayah sendiri. Yang saya tengok, anak tiri pulak yang selalu datang menjengguk. Bawakan kueh, bawakan makanan kot ayah tua ini teringin nak makan apa.

Semoga kita ambil iktibar dari pengalaman ini. Patutnya kita menjadi pembela buat si ayah tua. Pada abah, kakak sayang abah. In shaa allah selagi hayat di kandung badan, kakak akan jaga abah. In shaa allah. Sayang abah sangat. Kakak ingat mcm mana abah sayangkan kakak dulu. Kakak ingat macam mana abah manjakan kakak dulu. Terima Kasih Abah. Jasamu tetap ku kenang.

Salam Sayang












Wednesday, 13 May 2015

Bacalah surah Yasin dan sedekahkanlah Al-Fatihah.

Salam semua,

    Harini tak lah happy sangat. Nak kata sedih sangat pun tidak. Tapi saya mood stand by. Coz ade salah seorang penghunu NHE yang sedang nazak. Sapa-sapa yang sempat baca tulisan nih mintalah sedekahkan bacaan Yasin dan juga Al-fatihah.

    Selalu orang salah anggap bila suruh baca Yasin. Orang akan baca Yasin apabila ada kematian. Tak berapa nak betul tuh. Tapi sebenarnya kita boleh baca Yasin tuh bila2 masa sahaja. Contohnya kita boleh bacakan Yasin pada orang yang sakit. Knapa kita bacakan Yasin pada orang sakit?

   Kita bacakan Yasin pada orang sakit atau sedang nazak untuk meminta pertolongan daripada Allah. Supaya mempermudahkan urusan orang yang sakit tuh. Kita minta yang terbaik buat orang yang sakit itu. Contohnya kita minta, sekirannya mati itu lebih baik buat si sakit, moga allah mempercepatkan urusan azabnya di dunia. Jika Allah hanya menguji si orang sakit nih tadi, kita pohonkanlah kesembuhan padanya. Mudahkanlah ujian2 sakit yang di tanggungnya.

    Saya bukan ustazah atau orang alim...saya manusia biasa yang ingin berkongsi rasa. So kita pakat share sorang sikit. So saya memperingati diri sendiri supaya apabila menziarahi orang sakit, jangan lah duduk mengadap sahaja orang yang sakit tuh tanpa berbuat apa. Apa yang menyakitkan lagi apabila kita bersembang-sembang pulak depan si sakit tadi.

    Cuba lah bayang kan jika kita sakit...tak payah sakit teruk-teruk lah. Sakit gigi ja pun dah cukup. Kalau kita tengah sakit nih tiba-tiba kawan kita duk sembang pom..pang..pom..pang depan kita. Tak ka rasa nak lempang ja muka dia coz tak sensitive pada kita yang menanggung sakit nih. Orang sakit gigi ka, demam yg simple-simple nih pun boleh naik baran jika orang buat bising, orang gelak-gelak, apatah lagi yang sedang sakit terlantar.

    Selalu sangat kita lihat kalau ziarah pesakit. Apa yang kita akan nampak, orang yang menziarah suka mengadap pesakit. Kalau ade partner sebelah, kita akan bersembang atau paling kurang akan kata " Sian yer sipolan nih, sakit berapa lama dah nih, Ya allah, sian..." yang sorang lagi pulak kata " Yer..kesian, sikit lagi tak mati, duk terlantar gini lah. Tak da harapan dah nih" Adui ai..

    Dari kita ngadap ja pesakit tuh, mari lah tolong-tolong apa yang patut. Tolong suap makan ka, tolong jagakan sat ka, tolong gantikan waris dia kejap. May be waris tuh nak mandi ka, nak pi solat sat ka, nak tidur jap ka...Paling tak bacakan Yasin atau doa ketika menziarahi orang sakit.

    So pikir-pikirkan ya. Mudahnya mencari pahala. Mudah juga buat dosa. Bye

Sunday, 12 April 2015

Aku tanya apa khabar...semua

Assalamualaikum & salam sejahtera.

    Wow..lama jugak tak merapu kat blog nih. Apa khabar semua? Ada yang rindu tak nak baca blog nih? Hahaha, perasan yek.. Diam tak diam lama juga lah aku menyepi. Last post bulan Nov 2014. Kemalasan melanda.hehehe

    Rupanya dah 3 tahun juga aku usahakan nursing home nih. Nak kata lama sangat tuh tak juga, cuma aku tak sangka. Dari permulaan yang aku rasa 'cuba-cuba' kini memang sepenuhnya menjadi usaha dan kesunguhan.

    Perniagaan yang pada mulanya sebagai memenuhi keinginan menjadi satu realiti. Walaupun ia nya tak semudah cerita-cerita, tapi sekurang-kurangnya aku ada juga sumber rezeki yang aku usahan sendiri. Aku juga macam tak percaya yang aku juga ada 4 orang pekerja yang perlu aku gajikan, tanggung makan minum, carumkan kwsp dan sokso. Alhamdulillah aku rasa bersyukur.

    Kalau aku katakan boleh kaya dengan bz nih, in shaa allah may be one day. Tapi buat masa sekarang nih aku selesa juga lah..Boleh lah rolling bayar2 hutang n sewa-sewa.. Nasihat aku pada sesiapa yng nak buka bz, buat lah. Buka lah. Yang penting kena tahu apa yang kita buat dan pasang matlamat. Kalau kita tak cuba, macam mana kita nak tahu potensi diri.

    Jangan risaukan kita tak di panggil IV oleh mana-mana company lagi. Jangan risau kita masih menganggur. Fikirkan sesuatu kelebihan yang ada dalam diri kita. Keluarkan idea-idea yang berkarat lama dah dalam kepala kita untuk direalitikan. Antara yang perlu kita tahu setiap masalah yang timbul di sekeliling kita adalah peluang untuk kita usahakan menjadi duit.

    Lagi satu tips yang mungkin berguna, kalau boleh kita fikirkan sesuatu 'out of box'. Contohnya bergini. Jika kita pandai membuat burger dan kita teringin sangat nak buka satu gerai burger. Apa yang perlu kita fikirkan adalah, kelebihan dan kelainan yang perlu kita ujudkan pada perniagaan kita. Kita jangan buka gerai burger yang sama macam gerai-gerai burger yang ada. Kita kena cipta kelainan pada perniagaan tuh. Macam kata orang nafas baharu..Kena kreatif.

    Misalnya may be boleh buat burger dan ciptakan sos black paper, creamy mushroom dan sebagainya. May be juga boleh difikirkan membuat roti burger yang besar. Boleh dimakan sekitar 4-5 orang. Saya percaya idea anda lebih hebat, lebih mantap sebab itu adalah speciality anda. Mungkin sudah lama anda fikirkan. Cuma anda perlu berani untuk merialisasikannya.

   Orang kata jauh perjalanan, luas permandangan. Betul saya amat setuju. Setiap kali kita bermusafir atau berpeluang melawat tempat orang tuh jadikan ia sebagai satu proses pembelajaran. Kata orang, 'melawat sambil belajar'. Ayat ni selalu kita dengar masa sekolah dulu. Sambil menyelam sambil minum air. So kemana sahaja kita berpeluang pergi, jadikan pengalaman, apa yang kita lihat tuh sebagai idea kepada sesuatu. Bukan jalan-jalan ngabihkan boreh dan duit ja.

   Banyak benda dan perkara yang boleh kita lakukan. Banyak benda dan perkara yang boleh membantu kita mendapatkan wang. Gabungkan idea, persekitaran, masalah tuh sebagai satu jalan untuk kita menjadi lebih baik dan melakukan satu perubahan dalam hidup. In shaa allah anda akan lebih gembira dan puas dengan apa yang anda usahakan. Percaya pada diri sendiri. Senang kata anda juga perlu kreatif.

Bye

Wednesday, 19 November 2014

Tips untuk menghantar ibu dan ayah kepada Pusat Jagaan Kami

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

     Cuti sekolah nih akan bermula minggu hadapan. Tentu anda telah merancang untuk bercuti bersama keluarga. Atau mendapat undangan majlis perkahwinan yang banyak...susun, jangan tak susun...Namun dalam sibuk merancang percutian dan jadual kenduri, terfikir di hati bagaimana pula untuk bawa atau tinggal ibu ayah yang uzur? Kita juga perlukan rehat serta ketenangan jiwa setelah kepenatan bekerja, mengurus rumah tangga dan sebagainya.

     Untuk minta bantuan pada adik beradik yang lain atau saudaramara pastinya menyukarkan kerana semua orang ingin bercuti ataupun sedang menyusun jemputan kenduri seperti anda juga. Adakah perlu anda membawa ibu atau ayah yang uzur itu untuk menaiki flight, ferry, boat dan sebagainya? Bagaimana pula kalau ibu dan ayah kita tuh lumpuh atau terlantar?

     Jangan Risau.....Jangan Gundah Gulana....Jangan sedih & Stress...

     Di sini kami sudi membantu anda. Sebagai lumrahnya manusia kita juga perlukan rehat secukupnya. Jadi tidak salah sekirannya kita ingin berehat seketika. Jadi serahkan tugas menjaga ibu ayah yang uzur kepada kami.. 

Kami menyediakan jagaan seperti,
  1. Jagaan harian (day care)
  2. Jagaan 24 jam
  3. Jagaan short term iaitu jagaan sehari dua serta mingguan.
     Jangan bimbang ibu ayah anda tidak mahu ataupun sedih. Perkara yang perlu anda lakukan adalah,
  1. Terangkan perkara sebenar kepada mereka yang anda ingin bercuti beberapa hari. 
  2. Beritahu mereka yang anda sayangkan mereka sanggat-sanggat. Sebab itulah anda memilih perkhidmatan kami untuk keselesaan dan kebajikan mereka.
  3. Bawa mereka ke Pusat Jagaan Kami.. Kita boleh lakukan sesi suaikenal, mereka boleh meninjau keadaan Pusat Jagaan ini serta berpeluang beramah mesra dengan penghuni yang sedia ada bersama kami.
  4. Berjanji bahawa anda akan mengambil mereka kembali setelah kembali dari bercuti. Sekirannya Day Care, beritahu mereka bahawa anda akan menjemput mereka sekembali nanti
  5. Perkara ini perlu dilakukan seboleh-bolehnya seminggu dua sebelum anda berangkat pergi.
  6. Perlu di ingat..anda tidak boleh memungkiri janji pada mereka..misalnya anda berjanji untuk menjemput mereka pada pukul 5pm...bermakna anda perlu lakukannya. Sekiranya ada ada masalah atau kelewatan, perlulah menghubungi kami dan kami akan beri anda bercakap dengan ibu atau ayah itu sendiri supaya mereka tahu anda bersungguh-sungguh dan tidak sengaja.
Alhamdulillah..may be anda boleh mencuba tips-tips ini. In shaa allah ibu bapa anda akan faham. Jangan susah hati ok..Bila kita hantar ibu ayah kita ke Pusat Jagaan bukan lah bererti kita nih melepaskan tanggungjawab sebagai anak. Malah kita inginkan yang terbaik buat mereka. In Shaa Allah. Daaa... 


Tuesday, 18 November 2014

Bed Sore atau Kudis Tekanan

Assalamualaikum & Salam Sejahtera

    Terima kasih kerana sudi lawati blog saya yang tak seberapa ni. Kali nih saya ingin berkongsi mengenai "Bed Sore" atau dikenali juga dengan "Kudis Tekanan". Mungkin pada siapa yang mempunyai keluarga yang sakit terlantar seperti stroke dan sewaktu dengannya pernah mendengarkan perkataan Bed Sore ini.

    Bed sore atau kudis tekanan ini terjadi disebabkan oleh banyak sebab dan faktor. Namun kita boleh mencegah, mengurangkan tahap keterukan dan boleh juga merawatnya sehingga sembuh. Namun bak kata pepatah, lebih baik mencegah dari mengubati. Ini kerana kos rawatan untuk pesakit yang mengalami Bed Sore ini amat tinggi.. 

    Pesakit yang dah dapat Bed Sore ini perlu di cuci luka (dressing) Bed Sorenya setiap hari. Ada antara mereka yang memerlukan cucian luka (dressing) Bedsore sehari dua kali. Namun dengan teknologi perubatan kini, luka Bed Sore boleh ditukar atau dibersihkan setiap tiga hari. Namun kos nya terlalu mahal...kerana ianya menggunakan beberapa jenis dressing yang mahal contohnya deoderm patch, silicon, bactigras dan bermacam lagi yang terdapat di pasaran.



 

Rajah 1



 Rajah 2
Rajah 1 & 2 menunjukkan lokasi seringnya terjadi "Bed Sore atau Kudis Tekanan"


Di sini saya akan cuba membantu anda dalam,
  1. Mengenalpasti individu yang berisiko mendapat Bed Sore atau Kudis Tekanan
  2. Mengenalpasti punca-punca penyumbang terjadinya Bed Sore atau Kudis Tekanan
  3. Langkah yang perlu diambil untuk mengelakkan daripada mendapat Bed Sore atau Kudis Tekanan
  4. Cara merawatnya

Individu yang berisiko,
  1. Mereka yang mendapat stroke 
  2. Brain death
  3. Sakit terlantar contohnya koma (terbaring tidak boleh bergerak)
  4. Lumpuh sebelah atau seluruh badan
  5. Berbadan gemuk ataupun terlalu kurus
  6. Bertambah buruk sekirannya pesakit diabetis
Punca mendapat Bed Sore dan Kudis Tekanan

Apabila pesakit baring terlalu lama di sisi dan posisi yang sama akan menyebabkan kurangnya pengaliran darah ke lokasi berkenaan. Seterusnya tisu dikawasan sekitar tekanan itu menjadi nerotik (tiada bekalan oksigen, nutrien dan sebagainya) lalu lama kelamaan ia akan menjadi merah, seterusnya mengelembung (blister) menjadi ulser dan infeksi. Keadaan pesakit yang ada penyakit diabetis akan memburukkan lagi keadaan dan mempercepatkan proses Bed sore ini terjadi.


 

Rajah 3. Terdapat banyak peringkat kejadian Bed Sore dari yang superficial ke yang lebih dalam sehingga ke tulang

Langkah yang perlu diambil untuk mengelakkan daripada mendapat Bed Sore atau Kudis Tekanan
  1. Ubah baringan pesakit setiap 2jam. Terdapat banyak posisi baringan yang boleh anda rujuk di internet. Antara yang ringkas boleh saya katakan 2jam kekiri, dua jam ke kanan dan 2 jam terlentang. 
  2. Peralatan bantuan mencegah bed sore
  • Ripple Mattress (Tilam angin)


  • Wedges
        

  • Doughnut 
 

  • Bantal
  • Apa-apa sahaja yang lembut
3. Kebersihan pesakit
  • Tukar cadar dan pakaian pesakit setiap hari
  • Tukar diapers sekerap yang mungkin
  • Pastikan pakaian pesakit digantikan sekirannya lembab ataupun basah
4. Ventilasi
  • Pastikan kipas atau penghawa dingin sentiasa dipasang pada suhu yang sesuai
  • Ventilasi amat penting untuk mengawal kelembapan dan kekeringan pada kulit. Jika kulit lembab dan basah, ia akan mudah terkoyak dan mendapat infeksi.
5. Gunakan skin barrier protection contohnya banyak yang terdapat di pasaran antaranya jenama TENA, nappy rash dan sebagainya. 

6. Pastikan pesakit nemdapat nutrisis yang seimbang untuk mendapatkan kulit yang sihat

7. Pengendali pesakit samada jururawat mahupun ahli keluarga perlu memastikan kuku sentiasa pendek dan tidak memakai barangan kemas mahupun perhiasan seperti cincin dan jam tangan. Ini kerana boleh mencederakan lapisan kulit pesakit

Cara Merawat Bed Sore

  1. Cara merawat Bed Sore adalah sama seperti pencegahannya juga.
  2. Cuma sekiranya telah terjadi anda perlu mendapatkan rawatan dressing sekurang-kurangynya setiap hari ataupun bergantung pada tahap keterukan dan kedalaman bed sore tersebut.
Ok sekian dulu dari saya..Sekirannya ada kekurangan pada penulisan ini saya minta maaf..In shaa allah akan saya perbaiki lagi..