Assalamualaikum & Salam Sejahtera
Terima kasih kerana sudi lawati blog saya yang tak seberapa ni. Kali nih saya ingin berkongsi mengenai "Bed Sore" atau dikenali juga dengan "Kudis Tekanan". Mungkin pada siapa yang mempunyai keluarga yang sakit terlantar seperti stroke dan sewaktu dengannya pernah mendengarkan perkataan Bed Sore ini.Bed sore atau kudis tekanan ini terjadi disebabkan oleh banyak sebab dan faktor. Namun kita boleh mencegah, mengurangkan tahap keterukan dan boleh juga merawatnya sehingga sembuh. Namun bak kata pepatah, lebih baik mencegah dari mengubati. Ini kerana kos rawatan untuk pesakit yang mengalami Bed Sore ini amat tinggi..
Pesakit yang dah dapat Bed Sore ini perlu di cuci luka (dressing) Bed Sorenya setiap hari. Ada antara mereka yang memerlukan cucian luka (dressing) Bedsore sehari dua kali. Namun dengan teknologi perubatan kini, luka Bed Sore boleh ditukar atau dibersihkan setiap tiga hari. Namun kos nya terlalu mahal...kerana ianya menggunakan beberapa jenis dressing yang mahal contohnya deoderm patch, silicon, bactigras dan bermacam lagi yang terdapat di pasaran.
Rajah 1
Rajah 2
Rajah 1 & 2 menunjukkan lokasi seringnya terjadi "Bed Sore atau Kudis Tekanan"
Di sini saya akan cuba membantu anda dalam,
- Mengenalpasti individu yang berisiko mendapat Bed Sore atau Kudis Tekanan
- Mengenalpasti punca-punca penyumbang terjadinya Bed Sore atau Kudis Tekanan
- Langkah yang perlu diambil untuk mengelakkan daripada mendapat Bed Sore atau Kudis Tekanan
- Cara merawatnya
Individu yang berisiko,
- Mereka yang mendapat stroke
- Brain death
- Sakit terlantar contohnya koma (terbaring tidak boleh bergerak)
- Lumpuh sebelah atau seluruh badan
- Berbadan gemuk ataupun terlalu kurus
- Bertambah buruk sekirannya pesakit diabetis
Apabila pesakit baring terlalu lama di sisi dan posisi yang sama akan menyebabkan kurangnya pengaliran darah ke lokasi berkenaan. Seterusnya tisu dikawasan sekitar tekanan itu menjadi nerotik (tiada bekalan oksigen, nutrien dan sebagainya) lalu lama kelamaan ia akan menjadi merah, seterusnya mengelembung (blister) menjadi ulser dan infeksi. Keadaan pesakit yang ada penyakit diabetis akan memburukkan lagi keadaan dan mempercepatkan proses Bed sore ini terjadi.
Rajah 3. Terdapat banyak peringkat kejadian Bed Sore dari yang superficial ke yang lebih dalam sehingga ke tulang
Langkah yang perlu diambil untuk mengelakkan daripada mendapat Bed Sore atau Kudis Tekanan
- Ubah baringan pesakit setiap 2jam. Terdapat banyak posisi baringan yang boleh anda rujuk di internet. Antara yang ringkas boleh saya katakan 2jam kekiri, dua jam ke kanan dan 2 jam terlentang.
- Peralatan bantuan mencegah bed sore
- Ripple Mattress (Tilam angin)
- Wedges
- Doughnut
- Bantal
- Apa-apa sahaja yang lembut
- Tukar cadar dan pakaian pesakit setiap hari
- Tukar diapers sekerap yang mungkin
- Pastikan pakaian pesakit digantikan sekirannya lembab ataupun basah
- Pastikan kipas atau penghawa dingin sentiasa dipasang pada suhu yang sesuai
- Ventilasi amat penting untuk mengawal kelembapan dan kekeringan pada kulit. Jika kulit lembab dan basah, ia akan mudah terkoyak dan mendapat infeksi.
6. Pastikan pesakit nemdapat nutrisis yang seimbang untuk mendapatkan kulit yang sihat
7. Pengendali pesakit samada jururawat mahupun ahli keluarga perlu memastikan kuku sentiasa pendek dan tidak memakai barangan kemas mahupun perhiasan seperti cincin dan jam tangan. Ini kerana boleh mencederakan lapisan kulit pesakit
Cara Merawat Bed Sore
- Cara merawat Bed Sore adalah sama seperti pencegahannya juga.
- Cuma sekiranya telah terjadi anda perlu mendapatkan rawatan dressing sekurang-kurangynya setiap hari ataupun bergantung pada tahap keterukan dan kedalaman bed sore tersebut.
Ripple mattress memang sangat sesuai untuk mengelak kudis tekanan terutama bagi mereka yang mempunyai masalah untuk memusingkan kedudukan pesakit secara rutin. Di samping itu, bagi mereka yang mempunyai masalah penyakit kronik seperti kencing manis, untuk memastikan luka cepat sembuh adalah elok untuk mengawal paras glukosa darah pada tahap normal.
ReplyDeleteSLM dokter..KT mana sya blh dapatkan bantal bedsore tu..Bini sya dh terlantar lama KT hospital skrg
DeleteWasalam...sya bkn doc. Saya nurse. Ok, bantal yg tuan cari ada dijual di farmasi. Tuan bo cari di farmasi2.tq
DeleteWasalam...sya bkn doc. Saya nurse. Ok, bantal yg tuan cari ada dijual di farmasi. Tuan bo cari di farmasi2.tq
DeleteKeep up the good writing sahabat.
ReplyDelete