Cuti sekolah nih akan bermula minggu hadapan. Tentu anda telah merancang untuk bercuti bersama keluarga. Atau mendapat undangan majlis perkahwinan yang banyak...susun, jangan tak susun...Namun dalam sibuk merancang percutian dan jadual kenduri, terfikir di hati bagaimana pula untuk bawa atau tinggal ibu ayah yang uzur? Kita juga perlukan rehat serta ketenangan jiwa setelah kepenatan bekerja, mengurus rumah tangga dan sebagainya.
Untuk minta bantuan pada adik beradik yang lain atau saudaramara pastinya menyukarkan kerana semua orang ingin bercuti ataupun sedang menyusun jemputan kenduri seperti anda juga. Adakah perlu anda membawa ibu atau ayah yang uzur itu untuk menaiki flight, ferry, boat dan sebagainya? Bagaimana pula kalau ibu dan ayah kita tuh lumpuh atau terlantar?
Jangan Risau.....Jangan Gundah Gulana....Jangan sedih & Stress...
Di sini kami sudi membantu anda. Sebagai lumrahnya manusia kita juga perlukan rehat secukupnya. Jadi tidak salah sekirannya kita ingin berehat seketika. Jadi serahkan tugas menjaga ibu ayah yang uzur kepada kami..
Kami menyediakan jagaan seperti,
- Jagaan harian (day care)
- Jagaan 24 jam
- Jagaan short term iaitu jagaan sehari dua serta mingguan.
- Terangkan perkara sebenar kepada mereka yang anda ingin bercuti beberapa hari.
- Beritahu mereka yang anda sayangkan mereka sanggat-sanggat. Sebab itulah anda memilih perkhidmatan kami untuk keselesaan dan kebajikan mereka.
- Bawa mereka ke Pusat Jagaan Kami.. Kita boleh lakukan sesi suaikenal, mereka boleh meninjau keadaan Pusat Jagaan ini serta berpeluang beramah mesra dengan penghuni yang sedia ada bersama kami.
- Berjanji bahawa anda akan mengambil mereka kembali setelah kembali dari bercuti. Sekirannya Day Care, beritahu mereka bahawa anda akan menjemput mereka sekembali nanti
- Perkara ini perlu dilakukan seboleh-bolehnya seminggu dua sebelum anda berangkat pergi.
- Perlu di ingat..anda tidak boleh memungkiri janji pada mereka..misalnya anda berjanji untuk menjemput mereka pada pukul 5pm...bermakna anda perlu lakukannya. Sekiranya ada ada masalah atau kelewatan, perlulah menghubungi kami dan kami akan beri anda bercakap dengan ibu atau ayah itu sendiri supaya mereka tahu anda bersungguh-sungguh dan tidak sengaja.
No comments:
Post a Comment