Assalamualaikum,
Harini sudah 3 hari kita menyambut Hari Raya Aidil Adha. Alhamdulillah, tahun ni sekali lagi kami sekeluarga dapat mengorbankan seekor lembu peliharaan abah. Semuanya 7 panggu habis ditempah. Termasukalah satu panggu buat mak..
Cerita perjalanan nursing home yang aku usahakan ini masih mengekalkan 6 orang penghuni. Hajat hati ingin mencari lagi penghuni-penghuni baru. Rumah ku itu masih mempunyai 4 kekosongan. 3 perempuan dan seorang atau dua lagi penghuni lelaki.
Bila aku bercerita mengenai nursing home, ramai yang berkerut-kerut mukannya. Ramai juga mengajukan soalan-soalan yang kurang enak..Tapi tak apa, yang penting aku tahu apa yang aku buat. Yang penting aku yakin mereka kurang "Arif" dengan apa yang aku sedang usahakan ini. Aku juga yakin suatu masa nanti mereka pasti akan mencari perkhidmatan yang aku usahakan ini.
Aku bukannya down...tapi harini mcm tak sesuai aku nak berceloteh kat sini...tunggu masa yang sesuai, aku akan berkongsi pahit manis serta perjalanan untuk meujudkan pusat jagaan ini. Yang penting Allah maha tahu niatku. May be selepas aku mencoretkan isi hati kat sini, manusia-manusia di sana akan membuka minda, mengubah persepsi mengenai apa yang sedang aku usahan ini. In shaa allah, aku rasa ade keberkatan, ade keikhlasan, ade hikmahnya yang tersembunyi. Aku percaya.Bye....
Wednesday, 16 October 2013
Saturday, 12 October 2013
Biodata diriku
Assalamualaikum,
Alhamdulillah, masih bernafas lagi hari ini. Syukur masih berkesempatan menghirup udara segar dibumimu Ya Allah...Terima Kasih sudah 32 tahun lebih sikit kau mengizinkan aku melata di bumi bertuahmu ini..Alhamdulillah
Di sini aku ingin kongsikan sedikit perjalanan hidupku selama ini. Aku dilahirkan di Lunas, Kulim Kedah. Kami sekeluarga merantau mengikut abah yang bertugas di KL. Lama gak aku duk KL. Lebih kurang 26 tahun.Lepastuh aku bertemu jodoh dengan Mr Right.... Sapa lagi kalau bukan Mr Mawardi yg selama nih menjadi sahabat, teman tawa dan nangis, punching bag...heheh. Bukan gaduh-gaduh tapi tempat meluah perasaan marah, suka dan duka. Perkongsian hidup kami dikurniakan 2 orang anak lelaki yg comel, lasak dan cerdik. In syaa allah menjadi anak yang berjaya dunia dan akhirat kelak.....
Aku mendapat pendidikan awal di S.R.K Taman Nirwana Ampang. Darjah satu sampai darjah 6. Kemudian setahun di S.M.K Hulu Kelang dan selebihnya di S.M.K.Pandan Jaya. Lepas SPM aku tak tahu nak buat apa. Cita-cita aku nak jadi Doktor...Tapi rupanna allah lebih mengetahui apa yang lebih baik buat diriku... Sementara menunggu panggilan masuk university atau kolej aku bekerja sementara di Mc D Ampang Point.
Aku mendapat peluang melanjutkan pelajaran ke peringkan Diploma di sebuah kolej. Kolej Islam Melaka..Jurusan Kejururawatan..Alhamdulillah dengan senang hati aku melangkah. Dalam hati berkata, Tak dapat jadi Dr, jadi nurse pun boleh lah..Pelbagai pengalaman suka dan duka..zaman kolej memang best dan terbaik buat aku...Aku seronok sangat. Kolej aku letakna di tepi pantai, dengan pemandangan yang indah, angin pantai, ah...semua tuh kenangan.
Dipendek kan cerita, pas aku qualified, aku bertugas di Hospital Gleneagles Ampang. Lepas tuh aku bertukar ke Al- Islam Specialist Hospital. Dulunya dikenali sebagai Hospital Kampong Baru.Disni lah bermulannya aku kembali melanjutkan pelajaran. Aku diberi peluang untuk mengambil Pos Basic Operation Theater.
Kemudian aku berpindah ke Hospital Pantai Mutiara di Penang. Demi mengikut suami tercinta.Hehehe.Tak lama aku kat situ aku apply job jadi clinical instructor. So aku kembali ke Kulim.Lesas dah boring aku pindah kerja lagi. Kali nih dengan AUCMS college. Aku sambung belajar ke peringkat degree.
Lepas lebih kurang 3 tahun menjadi clinical instructor, aku dapat menjadi seorang lecturer kini. Alhamdulillah. Master? Hum...in progress. In shaa allah.Doakan yang baik-baik buat diri ku dan keluarga. Bukan senang oi...Ok cuckup-cukuplah mengenai diriku. Lain kali kita share lagi.

Friday, 11 October 2013
Majlis kenduri tahlil & Bacaan Yasin
Assalamualaikum.....
Harini aku nak share sikit antara aktiviti yang kami pernah jalankan di Pusat Jagaan Ehsan. Baru-baru ni satu majlis tahlil dan bacaan yasin telah diadakan di rumah jagaan nih...Penat juga coz 1st time buat majlis di rumah tuh.Maklumlah serba kekurangan. Tapi happy sangat n rasa kepuasan..
Walaupun majlis kecil-kecilan tapi meriah coz dihadiri oleh 30 orang pelajar Tahfiz Al Amin dari Sg. Seluang. Tq ustaz Shah n pelajar-pelajar sudi datang untuk bacaan yasin...Majlis nih diadakan untuk memperingati salah seorang penghuni yang telah kembali ke rahmatullah. Takziah buat keluarga Pak Tam...Moga beliau dicucuri rahmat Allah...
Majlis nih juga dikira sebagai house warming jugaklah. Sejak-sejak masuk rumah tak pernah lagi buat kenduri. Tq pada kawan-kawan, waris-waris, saudara mara yang sudi datang. Pada yang memberi sedekah, alhamdulillah moga Allah memurahkan rezek kalian.Amin..Amin..
Disini antara beberapa sorotan gambar2 yang diambil sekitar majlis Tahlil dan bacaan yasin,

Wajah-wajah ahli syurga, in shaa allah
Latar Belakang Penubuhan Pusat Jagaan Warga Emas Ehsan
Assalamualaikum dan salam satu Malaysia,
Pusat Jagaan Warga Emas ini mula beroperasi di Kulim Utama, Kulim Hi-Tech pada 1 April 2013. Bermula dengan 2 orang pesakit dan 2 orang pekerja. Kini alhamdulillah Pusat Jagaan Ehsan ini telah beroperasi hampir 6 bulan dan telah kini memiliki 6 orang pesakit yang terdiri daripada pelbagai usia dan latarbelakang yang berbeza serta 3 orang jururawat terlatih.
Keunikan Pusat Jagaan Warga Emas Ehsan,
1. Penjagaan Pesakit
3 beded

- Pusat jagaan ini terletak berhampiran dengan kawasan perindustrian Kulim Hi-Tech, Politeknik, UNIKL, Hospital Kulim, Golf club, Taman perumahan serta Highway BKE. Perjalanan hanya mengambil masa 3 ke 5 minit untuk sampai ke Hospital Kulim sekiranya terjadi sebarang kecemasan.
- Pemilik dan pekerja terdiri daripada jururawat terlatih. Oleh itu anak-anak dan waris tidak perlu risau tentang nursing care.
- Kami menjaga solat serta membantu penghuni dalam menunaikan ibadah puasa.
1. Penjagaan Pesakit
- 24 jam sehari
- Day care
- Vacation care
- Di Pusat Jagaan Warga Emas Ehsan
- Di rumah-rumah pesakit sendiri
- Di Pusat Jagaan Warga Emas Ehsan
- Di rumah-rumah pesakit sendiri
- Di Pusat Jagaan Warga Emas Ehsan
- Di rumah-rumah pesakit sendiri
Sebarang pertanaan sila hubungi saya di 012-6523003
Jangan biarkan orang tua anda bersendirian di rumah.
Kerana ianya mengundang bahaya.
Pusat Jagaan Ehsan |
Single Room |
3 beded
Ruang Makan |
Ruang Rehat
Kemudahan yang ada
Subscribe to:
Posts (Atom)