Alhamdulillah, masih bernafas lagi hari ini. Syukur masih berkesempatan menghirup udara segar dibumimu Ya Allah...Terima Kasih sudah 32 tahun lebih sikit kau mengizinkan aku melata di bumi bertuahmu ini..Alhamdulillah
Di sini aku ingin kongsikan sedikit perjalanan hidupku selama ini. Aku dilahirkan di Lunas, Kulim Kedah. Kami sekeluarga merantau mengikut abah yang bertugas di KL. Lama gak aku duk KL. Lebih kurang 26 tahun.Lepastuh aku bertemu jodoh dengan Mr Right.... Sapa lagi kalau bukan Mr Mawardi yg selama nih menjadi sahabat, teman tawa dan nangis, punching bag...heheh. Bukan gaduh-gaduh tapi tempat meluah perasaan marah, suka dan duka. Perkongsian hidup kami dikurniakan 2 orang anak lelaki yg comel, lasak dan cerdik. In syaa allah menjadi anak yang berjaya dunia dan akhirat kelak.....
Aku mendapat pendidikan awal di S.R.K Taman Nirwana Ampang. Darjah satu sampai darjah 6. Kemudian setahun di S.M.K Hulu Kelang dan selebihnya di S.M.K.Pandan Jaya. Lepas SPM aku tak tahu nak buat apa. Cita-cita aku nak jadi Doktor...Tapi rupanna allah lebih mengetahui apa yang lebih baik buat diriku... Sementara menunggu panggilan masuk university atau kolej aku bekerja sementara di Mc D Ampang Point.
Aku mendapat peluang melanjutkan pelajaran ke peringkan Diploma di sebuah kolej. Kolej Islam Melaka..Jurusan Kejururawatan..Alhamdulillah dengan senang hati aku melangkah. Dalam hati berkata, Tak dapat jadi Dr, jadi nurse pun boleh lah..Pelbagai pengalaman suka dan duka..zaman kolej memang best dan terbaik buat aku...Aku seronok sangat. Kolej aku letakna di tepi pantai, dengan pemandangan yang indah, angin pantai, ah...semua tuh kenangan.
Dipendek kan cerita, pas aku qualified, aku bertugas di Hospital Gleneagles Ampang. Lepas tuh aku bertukar ke Al- Islam Specialist Hospital. Dulunya dikenali sebagai Hospital Kampong Baru.Disni lah bermulannya aku kembali melanjutkan pelajaran. Aku diberi peluang untuk mengambil Pos Basic Operation Theater.
Kemudian aku berpindah ke Hospital Pantai Mutiara di Penang. Demi mengikut suami tercinta.Hehehe.Tak lama aku kat situ aku apply job jadi clinical instructor. So aku kembali ke Kulim.Lesas dah boring aku pindah kerja lagi. Kali nih dengan AUCMS college. Aku sambung belajar ke peringkat degree.
Lepas lebih kurang 3 tahun menjadi clinical instructor, aku dapat menjadi seorang lecturer kini. Alhamdulillah. Master? Hum...in progress. In shaa allah.Doakan yang baik-baik buat diri ku dan keluarga. Bukan senang oi...Ok cuckup-cukuplah mengenai diriku. Lain kali kita share lagi.
No comments:
Post a Comment