Wednesday, 16 October 2013

Ibadah Korban

Assalamualaikum,

Harini sudah 3 hari kita menyambut Hari Raya Aidil Adha. Alhamdulillah, tahun ni sekali lagi kami sekeluarga dapat mengorbankan seekor lembu peliharaan abah. Semuanya 7 panggu habis ditempah. Termasukalah satu panggu buat mak..

Cerita perjalanan nursing home yang aku usahakan ini masih mengekalkan 6 orang penghuni. Hajat hati ingin mencari lagi penghuni-penghuni baru. Rumah ku itu masih mempunyai 4 kekosongan. 3 perempuan dan seorang atau dua lagi penghuni lelaki.

Bila aku bercerita mengenai nursing home, ramai yang berkerut-kerut mukannya. Ramai juga mengajukan soalan-soalan yang kurang enak..Tapi tak apa, yang penting aku tahu apa yang aku buat. Yang penting aku yakin mereka kurang "Arif" dengan apa yang aku sedang usahakan ini. Aku juga yakin suatu masa nanti mereka pasti akan mencari perkhidmatan yang aku usahakan ini.

Aku bukannya down...tapi harini mcm tak sesuai aku nak berceloteh kat sini...tunggu masa yang sesuai, aku akan berkongsi pahit manis serta perjalanan untuk meujudkan pusat jagaan ini. Yang penting Allah maha tahu niatku. May be selepas aku mencoretkan isi hati kat sini, manusia-manusia di sana akan membuka minda, mengubah persepsi mengenai apa yang sedang aku usahan ini. In shaa allah, aku rasa ade keberkatan, ade keikhlasan, ade hikmahnya yang tersembunyi. Aku percaya.Bye....

No comments:

Post a Comment