As Salam semua,
Apa khabar dan dah lunch belum? Alhamdulillah saya sudah. Tiba-tiba harini teringin nak berkongsi suka duka perjalanan Nursing Home saya. Saya pernah terbaca "Cara Allah menunjukkan kasih sayang dan rindunya pada kita dengan mengirimkan ujian-ujian. Supaya kita memanjatkan doa serta meminta-minta kepadanya" Saya salah seorang insan kerdil yang tidak terlepas dari ujian dan masalah. Saya juga ade terbaca bahawa "Allah tidak akan menguji kita perkara-perkaran yang tak mampu kita harungi" Maknanya ujian yang Allah berikan kepada kita adalah sepadan dan setara dengan kemampuan kita. In shaa Allah..
Syukur perniagaan saya makin mendapat sambutan. Walaupun tak lah sehebat mana namun syukur alhamdulillah. Sedar tak sedar sudah hampir setahu saya lakukannya.. Kini saya telah mempunyai 8 orang pesakit. Pelbagai suka dan duka.. mana yang banyak? Kedua-duanya sama banyak..Dalam kepayahan terselit kegembiraan...
Sekurang-kurangnya saya ada sesuatu yang sedang saya usahakan daripada orang yang hanya pandai mencemuh dan mengata...Mulut manusia akan sentiasa berkata-kata. Saya tiada kudrat untuk menutupnya. Jangan kata orang yang jauh, malah orang yang terdekat dengan kita. Namun saya bersyukur Mak, Abah, Suami, anak-anak dan rakan-rakan tetap menyokong 100% tanpa berbelah bahagi. Syukur..
Antara ujian-ujian yang saya lalui, Nursing Home saya ade seorang penghuni yang nyanyuk.. Staf saya beri pesakit ini makan nasi dan juga lauk pauk yang sesuai dengan keadaan pesakit yang merupakan seorang penghidap Diabetis. Kebetulan ade seorang relatif atau waris penghuni lain yang sedang menunggu suaminya. Lalu waris tersebutpun bertanya kepada pesakit saya yang mengalami nyanyuk nih " Makan apa tuh? Sedap tak?" Lalu pesakit yang nyanyuk pun menjawab, " Bolehlah...(dlm keadaan hambar) Makan ubi kayu, mana nak sedap mana. Gaul dengan nyok ja..telan pi lah"
So kalau lah orang lain yang mendengarnya, memang mati saya kene kutuk. Apa nih jaga pesakit bg makan Ubi Kayu dangan nyok...Tapi kami yang mendengarnya disini memang nak tergelak juga..Ha, betul tak kalau saya katakan ade yang pahit dan manisnya bila menjaga pesakit macam nih. Jadi tolonglah faham. Kami yang menjaga dan membela, jadi kami yang tahu bertapa susah payahnya nak handle mereka. Mereka bukan meminta jadi nyanyuk begitu. Dah takdirnya. Mereka tak tahu bila masanya terkencing dan terberak...mereka tak tahu bilakah siang dan malam...Siang mereka tidur sesungguh-sungguhnya dan malam hari mereka berjaga.
Ada juga seorang jiran yang datang ke Nursing Home saya dan berkata pada salah seorang pesakit saya yang uzur dan perlu jalani hemodialisis 3 kali seminggu " Tahu tak, berdosa besar anak awak hantar awak kat sini. Rumah Orang Tua-Tua nih..Yang bukak pusat jagaan nih pun berdosa besar sebab galakkan orang hantar mak ayah mereka kat sini. Cakap dengan anak awak. Berdosa besar"...
Masya Allah, besarnya dugaan. Pesakit yang mendengar tuh hanya tersenyum pahit ja. Lepas tuh pesakit tuh jadi tak de semangat dan down. Dia suka mengamuk dan memberontak. Pesakit tak mahu pergi buat hemodialisis. Kami staf dan anak dia terpaksa memujuk dan memujuk serta terus memujuk.... Bukan sehari dua mereka berkeadaan begitu malah makan mingguan...Subahanallah. Sekarang nih siapa yang berdosa besar buat macam nih? Yang bercakap tuh pun bukan nya muda lagi. Beringat lah.
Semua orang tahu kos barang, elektrik maningkat. Jadi semua orang perlu bekerja mencari nafkah. Anak-anak pesakit bukan lepas tangan. Mereka datang tengok mak mereka hari-hari. Kalau hujung minggu mereka akan datang bawa breakfast dan mandikan mak mereka...Berdosa jugak kah anak mak cik tuh? Berdosa jugakah saya owner yang buka pusat jagaan tuh?Anak-anak share duit, sorang keluar beberapa RM tuk bayar kos jagaan mak mereka...Bukankah itu manis? Bukan kah itu kesepakatan antara anak-anak? Mereka memikul tanggungjawab sebagai anak dengan baik pada saya...Kalau mereka berhenti kerja bagaimana? Siapakah akan tanggung kos perbelanjaan mereka? Mereka juga ada tanggungan.
Jadi, tolonglah....sedarlah...Cukup saya tidak meminta apa-apa dari anda semua. Cuba buka minda dan cubalah berfikiran positif. Kadang-kadang pesakit begini akan kata kami di Nursing Home tak bagi mereka makan, mengatakan kami tak bagi mereka mandi dan macam-macam lagi...tapi kami tahu pesakit tuh tak bersalah. Sebab Allah sedang menguji dia, menguji kami dan ahli keluarganya, tetapi saya berharap sangat agar orang sekeliling jangan lah negatif sangat, jangan bz body sangat. Berharap orang disekeliling sepatutnya memberikan sokongan dan galakan kepada kami supaya sentiasa bersabar dalam menghadapi pesakit-pesakit begini.
Saya berharap Allah kuatkan semangat saya, staf dan juga waris-waris...Sama-sama kita harunginya dan terus kuat. Jangan peduli kata-kata orang. Sesungguhnya mereka tak tahu dan mereka tak merasa menjaga orang yang sedang sakit. Tunggu kene atas batang hidung sendiri baru mereka akan sedar. Maaf jika saya tersalah kata. Maaf kalau anda terasa.
Salam Sayang,
Nursing Home Ehsan